KESYAHIDAN...

1

Category:

Aku meneruskan pembacaanku di laman Saifulislam.com yang agak lama kutinggalkan. Tapi tak sangka, hari ini akan mengundang sebak dan air mata yang tidak tertahan. Tajuk posting ustaz Hasrizal " Sultan Abdul Hamid II: Dari Istana Yilzid ke Pembuangan di Salonika " benar-benar membuat aku sedar bahawa besarnya jarak masa kini dengan saat gemilangnya khilafah Islam menjadi sebab mengapa umat Islam kini leka dan alpa.

Ustaz bercerita saat-saat berakhirnya sebuah pemerintahan khilafah Islam yang juga merupakan khilafah terakhir bagi umat Islam. Sebak tidak terkata, seakan terasa betapa umat kini mensia-siakan pengorbanan mujahid dan mujadid lama. Bahkan sebenarnya umat kini mensia-siakan pengorbanan dan perjuangan Rasulullah SAW yang bermatlamatkan kesejahteraan umat seluruhnya. Bayangkan betapa sukarnya memperoleh kekuasaan semata-mata demi menegakkan Islam, kemudian menghadapi tentangan yang maha hebat, dibuang negeri, dipenjara, dikurung, dipisahkan dari ahli keluarga bahkan di saat-saat akhir kematiannya, doktor juga dihalang untuk merawatnya. Bukan hanya Sultan Hamid II yang merasai penderitaan ini, bahkan para pejuang Islam yang lain turut diseksa. Pernahkah wujud manusia yang rela diseksa hanya kerana nama?? Pernahkah ada manusia yang dihambat separuh mati hanya kerana mahu dipandang mulia?? Tidak ada yang pernah. Tapi kerana Islam dan janji Allah kepada pejuang agamaNya, maka banyaklah manusia yang rela disepak terajang, dihina, dihukum, dipenjara, dibakar bahkan dibunuh. Kerana Allah membeli mereka dengan syurga! Tidak berimankah kita pada ayat-ayat Allah???

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurah, Injil dan Al-Quran. Dan siapakan yang telah menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang sebenar."

(At-Taubah: 111)


Justeru, para mukmin sekalian, tidakkah kalian rasa rugi jika mengabaikan dan membiarkan sahaja janji Allah ini? Tawaran yang takkan mampu diberi oleh seorang yang bernama makhluk. Mengejarnya dan mencapainya pasti menjadikan kita mukmin yang paling bahagia. Teringat kata2 Ustaz Azlan, seorang senior yang begitu ku kagumi, satu langkah berkesan jika mahu terus-terusan berjuang untuk Islam ialah tidak dibelenggu oleh dunia ! Benar! Belenggu dunia ini yang membuat umat kini menjauh dari perjuangan Islam, malah dengan gerakan Islam juga turut dijauh. Ya Allah. Benarlah janjimu...

" Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau & permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" ( surah Al-Ankabuut, ayat 64 )



Berusahalah sahabat dalam mengejar cintaNYA dan redhaNYA. Jadikanlah janji-janji Allah itu kata-kata indah yang membuai perasaan untuk terus berjuang meraih kasihNYA. Sememangnya ia bukan mudah, tapi bukan mustahil... Tersentak seketika merenung wajah-wajah syuhada' yang darah mereka telah menyubur bumi, bahagia bertemu Allah....












" Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurniaan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belumm menyusul mereka, bahawa tiada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati " ( Surah Ali Imran, ayat 169-170 )
Read More

SIMPOSIUM PERDANA MAHASISWA ISLAM MALAYSIA 2009 ( SIDANA 09 )

0

Category:

Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia '09 (SIDANA'09)





Hari Pertama

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Fakulti Pendidikan UM
Masa : 8.00 - 12.00 malam


Ucapan perasmian SIDANA ’09
Oleh : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.



Forum Sempena SIDANA ’09
”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”


Moderator: Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin
Mahasiswa Universiti Malaya

Panelis 1: Sdr. Mohd Ramadhan Fitri Elias
Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004

Panelis 2: YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Panelis 3: Prof. Datuk Dr. Annuar Zaini
Profesor, Monash University.



Hari Kedua

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Auditorium Fakulti Pendidikan UM
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang


Ucaptama
Oleh:Prof Datuk Dr Gauth Jasmon
Naib Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur


Pembentangan Kertas Kerja 1
ema : Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat
Oleh : YB Saifuddin Nasution [Ahli Parlimen Machang]

Pembentangan Kertas Kerja 2
Tema : Mahasiswa Menggugat di Era Baru
Oleh : Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar [Dekan Fakulti Sastera UM]

Pembentangan Kertas Kerja 3
Tema : Pengukuhan Kesatuan Mahasiswa Islam
Oleh : Sdr. Muhammad Hisommudin Bakar [Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002]

Pembentangan Kertas Kerja 4
Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi Masa Depan
Oleh : Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh [CEO Nadicorp Berhad]




*Subject to change

Surat jemputan untuk menghadiri program mula dihantar kepada semua kampus.Sebarang masalah boleh hubungi Ketua Unit Perhubungan SIDANA saudara Nik Razak (013-2965731) atau pengarah sendiri, saudara Hasbie (013-2965619).
Read More

MEMORI MINGGU SISWI 2009

0

Category:



( YDP MPMUM Saudara Mohd Ridzuan Mohammad & MT MPMUM Saudara Ahmad Syazwan turut hadir )




( Majlis bermula... )




( AJK Minggu Siswi bergambar bersama ahli panel Bicara Wanita MISIS, Umi Puan Rosmawati Zainal & Kak Farah Adeeba Mohd Asyraf )




( En Kamal Ariffin sebagai penceramah untuk Benkel Seni Mempertahankan Diri MISIS )





( Para peserta bengkel yang terhibur... )



Kepada mana-mana muslimat yang nak gambar sepanjang Program Minggu Siswi 2009, boleh berjumpa dengan saya ye. Semoga program lepas memberi manfaat pada kita semua. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah...
Read More

MINGGU SISWI 2009 ( MISIS 09 )

1

Category:

MAKLUMAT PROGRAM :
NAMA : MINGGU SISWI 2009 ( MISIS 09 )
TARIKH : 16 FEB 2009-22 FEB 2009
ANJURAN :
- PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNI MALAYA ( PMAPIUM )
- HEWI PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNI MALAYA ( HEWI PMIUM )
- PERSATUAN MAHASISWA KEDAH ( PERMADAH )
- JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI )
- YAYASAN TAQWA


ANTARA AKTIVITI MENARIK :

1. BICARA WANITA : "ANGGUN...MENYINGKAP RAHSIA TERSIRAT." ( PANELIS : PUAN ROSMAWATI ZAINAL-PENGERUSI RAUDHATUS SAKINAH & FARAH DEEBA MOHD ASYRAF-PERSONALITI TV3 )
--> 16.2.2009, 8 MALAM, DEWAN KULIAH UTAMA APIUM.

2. BENGKEL SENI MEMPERTAHANKAN DIRI WANITA : TEORI & PRAKTIKAL.
OLEH : ENCIK KAMAL AFENDI HASYIM- PENGANALISIS JENAYAH TERKENAL.
--> 18.2.2009, 8 MALAM, BALAI ILMU APIUM.

3. SUKAN SISWI. ANTARA ACARA DIPERTANDINGKAN IALAH BADMINTON, FUTSAL DAN BERBASIKAL.
--> 21.2.2009, 8 PAGI, PUSAT SUKAN UM.

4. MUSLIMAH NIGHT. ANTARA ACARA MENARIK IALAH PERSEMBAHAN MULTIMEDIA, PERSEMBAHAN PENTOMEN DARI PUSAT KEBUDAYAAN UM, PERTUNJUKAN BUSANA MUSLIMAH, PENYAMPAIAN HADIAH & MAKAN MALAM ISTIMEWA.
--> 22.2.2009, 8 MALAM, DEWAN KULIAH UTAMA APIUM.

KHAS UNTUK ANDA!!
PEMERIKSAAN KESIHATAN, PAMERAN & JUALAN AKAN BERLANGSUNG SEPANJANG PROGRAM INI BERJALAN.
--> 16.2.2009 - 22.2.2009, 8 PAGI-5 PTG (PAMERAN & JUALAN) @ 10 PAGI-2 PTG
(PEMERIKSAAN KESIHATAN), BALAI ILMU APIUM.
--> PEMERIKSAAN KESIHATAN KHAS DARI PUSAT PERUBATAN UNI MALAYA INI AKAN MERANGKUMI : PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH, PEMERIKSAAN BARAH PAYUDARA, KHIDMAT NASIHAT, PERSEMBAHAN VCD BERKAITAN CPR & PENYUSUAN IBU.


SEMUA AKTIVITI DIBUKA UNTUK SEMUA MAHASISWI DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYA. ISTIMEWA UNTUK MAHASISWA & STAF LELAKI, ANDA TURUT DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI BICARA WANITA
( 16.2.2009 ).


MAKLUMAT LANJUT PROGRAM BOLEH DIDAPATI DI DALAM POSTER YANG AKAN DITAMPAL DI SETIAP KOLEJ KEDIAMAN & FAKULTI atau LAYARILAH
http://hewi-pmium.blogspot.com... atau BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN :
- salsabila mohd zain 0132454298
- nur afrah md suki 0135974148


JANGAN KETINGGALAN ! TIADA BAYARAN ! MAKANAN & PENGANGKUTAN JUGA DISEDIAKAN !
BERSAMA KITA MERIAHKANNYA!!!!!
Read More

Main Lompat-lompat

1

Category:

Dalam menyambut kemenangan dan perubahan dalam kampus UM, kita terpempan dengan isu tukar kerajaan di Perak. Justeru timbul pelbagai persoalan dalam benak kita, apa sebab utamanya?? Adakah kerana kuasa atau sememangnya kerana rakyat? Bila membaca akhbar2 yang ada, antara alasannya ialah ketidakpuasan hati pada MB Perak sendiri. Ini yang buatkan saya terpempan sekali lagi. Tetiba teringat perihal keluhan seorang sahabat. Mengapa perlu berpecah kerana perkara furu'? Hakikatnya manusia melakukan kesalahan & kesilapan. Ketidakpuasan hati pada seseorang sekalipun dia ketua tetap adalah fitrah yang Allah jadikan. Tujuannya? Untuk memperbaiki dan dibaiki. Sama2 memperbaik. Tapi manusia terkadang terleka dengan kelebihan2 yang telah Allah kurniakan pada dirinya. Hingga menganggap keslahan orang lain sudah tak boleh difahami,dimaafkan dan dibetulkan. Lantaran itu, cara yang diambil adalah 'lompat' ke pihak lain. Lompat melompat ni senang kata berpaling tadah. Tidak kira dari parti mana ke mana. Kerana isunya bukan parti tapi perjuangan yang dibawa. Adakah wajar dalam sekelip mata dan hanya kerana ketidakpuasan hati pada seseorang sewenangnya bertukar perjuangan? Bukankah perjuangan itu adalah prinsip? Seseorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab, adalah seorang pemimpin yang berprinsip. Paling penting perlu diingat, prinsip ini wajib berlandaskan Islam kerana Islam itu adalah cara hidup. Jika prinsipnya saja bukan berlandas dan bermatlamatkan Islam, maka perjuangan yang dibawa itu perlu diperhati terlebih dahulu. Tidak terhenti sampai di situ sahaja, prinsip ini perlu direalitikan dengan pelaksanaan cara Islam. Contohnya secara berjemaah, menjauhkan diri dari maksiat, amanah pada harta rakyat dll. Jika matlamat yang disebut kerana Islam tetapi cara pelaksanaannya bukan dengan cara Islam, maka perjuangannya itu pun perlu diperhatikan terlebih dahulu. Alasannya? Kerana matlamat tak menghalalkan cara. ( Boleh rujuk dalam buku Mengapa Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan ).

Banyak penghujahan dan alasan yang akan digunakan seseorang untuk membenarkan apa yang dibawanya. Apa jua pun dalil atau asbab yang dikemukakan, biarlah menjurus pada kemenangan Islam. Kerana tanggunjawab kita sebagai muslim adalah berusaha sehingga tiada lagi fitnah pada Islam di muka bumi. Ingatlah, jangan kerana pandangan buruk kita pada sesuautu amal ijtimaie menyebabkan kita mengabaikan dan meminggirkan amal jamaie. kerana amal ijtimaie adalah berpandu pada amal jamaie. dan ia sekadar wadah untuk membantu dalam mencapai matlamat amal jamaie. wallahua'lam
Read More

Lafazkan rasa sayang itu

0

Category:

Hayatilah lirik lagu ni...


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Walaupun sukar melafazkan rasa sayang pada kedua orang tua kita, tapi gigihkanlah hati. Sebutkan dan tuturkanlah ia, sebelum kita menyesal kerana tiada lagi kesempatan dan peluang. Nasihat ni lebih untuk para syabab muslimin. Keegoan itu biar pada tempatnya. Biar ego seperti Umar ketika ingin berhijrah, biar ego seperti Abu Bakr dalam membenarkan, biar ego seperti Uthman dalam menyatukan penulisan Al-quran dan biar ego seperti Ali dalam mempertahankan khilafah.. Jangan kerana keegoan kita sebagai anak, ibu bapa kita rasa kekurangan dalam kasih sayang kita pada mereka.Wallahua'lam.

Read More