Sekolah Harapan: alah bisa tegal biasa?

Category:


Kita sedia maklum, Kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan. Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat ‘pemerhatian’. Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar ; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada pelajarnya telah melahirkan.

Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti? 

Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu ‘berisiko’ besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi. Saya begitu bimbang, sikap ‘keterbukaan’ para menteri kita ini akan menjadikan pepatah ‘alah bisa tegal biasa ‘ diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi ‘isu’ kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.

Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa ‘selamat’ setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh ‘menjadi manusia’ seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri. 

Saya juga ingin menimbulkan 2 persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya ‘layak’ ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan). Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan ‘terjaminnya’ masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudharatan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit? 

Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko dalam mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula. 

Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya ‘keterbukaan tanpa batasan’ hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan?

Siti Nadzirah Majeed
TYDP Persatuan Mahasiswa Islam UM merangkap Timb.Pengerusi SIGMA GAMIS 2010/2011

Comments (5)

-Apakah cadangan yg sesuai untuk menyelesai masalah kehamilan yg telah berlaku..... Bukan setakat mengkritik, tetapi berilah cadangan yg relevan utk menyelesaikan masalah ini.....

-Bayangkan diri kamu hidup bukan dlm biah Islam, kamu telah terlanjur kerana desakan cinta dan nafsu,keterlanjuran tersebut menyebabkan diri kamu telah hamil........ Ke manakah jiwa kamu ketika itu.... kamu seorg wanita, dan kamu lebih memahami jiwa wanita..... Berasa bersalah kpd tuhan, memalit tahi ke muka ibu bapa, jiwa terasa sunyi dan kecewa dengan kerana ditinggalkan kekasih yg telah meratah diri ini....ke mana harus dia pergi, bagaimana dgn kandungan ini........?

-Membuka sekolah utk mereka hamil tak bermakna menggalakkan seks bebas, umpama kita membuka pusat serenti untuk penagih dadah, bukan unyuk menggalakkan masyarakat menagih dadah......

saudara, dlm artikel di atas sy jelaskan bbrpa pkara mengikut pndgn sy. 2 perbezaan keadaan telah sy jelaskan spt di atas. sy tidak menolak ada kebaikannya sekolah ini pada golongan pertama. tp bagaimana golongan kedua? itu yg sy timbulkan persoalan.

bg sy mewujudkan sekolah sebegini bukan penyelesaiannya yg plg baik. apa yg paling perlu dilakukan adalah pencegahan. Jika air melimpah keluar dari paip air yg terbuka, membeli baldi sebanyak mungkin untuk menyambut air yg melimpah bukan penyelesaian yg baik kan? bahkan apa yg perlu adlh paip itu ditutup. ini analoginya.

kita tdk boleh terus2an mencari jalan penyelesaian pd masalah yg mendtg tanpa berusaha mencegahnya. pencegahan scra menyeluruh perl dibuat. dari phak pemerintah(plg utama), ibu bapa, institusi pendidikan, badan2 masyarakat & byk phk lg perlu sama2 berusaha dlm memperbaik keadaan sebegini.

mudah2an artikel ini boleh memberi sedikit pencerahan kpd pembaca. bkn mksud sy hanya mengkritik, tp tetap sama2 lakukan pencegahan. harapan sy semga rakyat Malaysia buka mata ttg isu ini.

wallahua'lam. terima kasih sudi berkongsi.(",)

-Bagaimana kalau paip tersebut telah rosak, dan sukar dibaiki, dan jika dibaiki akan mengambil masa yang lama.....Membeli banyak baldi memang membazir, air yang keluar mencurah-curah juga membazir..... Tetapi perlu diingat, baldi yg dibeli masih boleh digunakan untuk tujuan yang lain, sedangkan air yg terus mencurah satu pembaziran yang nyata-

-Sememangnya setiap sudut institusi perlu memainkan peranan dalam menyelesai masalah ini, salah satunya kaedah mewujudkan sekolah harapan(sekolah ini pasti mempunyai modul-modul tersendiri untuk membimbing peserta ke jalan kebaikan,bukan seperti sekolah biasa) . Sebenarnya tidak wujud golongan pertama atau kedua, fitrah semua insan mahukan kebaikan. Anak-anak gadis yang dihamilkan ini bukanlah pelacur-pelacur jalanan, bukan juga golongan yang bodoh, tetapi mereka tersalah dalam dalam kehidupan. Kerana cintakan kekasih, maruah tergadai. Adakah salah mencintai kekasih? Tidak, tetapi suasana zaman yang mendesak ke arah itu. Mereka yg belum hamil, tak mustahil akan dihamikan...kerana apa? kerana suasana..

-Contohnya: Perkahwinan..Cukup sukar anak muda ingin berkahwin,berbagai adat dan birokrasi perlu dilalui, tetapi untuk maksiat ia cukup mudah.Bermula dari chit chat di internet, bergayut di telefon, berjumpa-jumpaan dan terus jatuh dalm sarang syaitan. Semua org mempunyai nafsu, dan semua org ingin mencintai dan dicintai, bila cinta halal sukar dilaksanakan, cinta batil juga mudah untuk dikerjakan...

-Saya cadangkan supaya helwi mengadakan program supaya anak muda kita kahwin awal dan memudahkan mereka untuk perkahwinan.. Program bukan sahaja untuk anak muda, tetapi juga kepada ibu bapa,golongan agama, pihak universiti dan pihak berkaitan..

- Tujuannya adalah untuk menyedarkan masyarakat kita betapa pentingnya anak muda berkahwin awal, bagi anak muda mereka telah lama sedar bahahawa mereka memang ingin kahwin awal,tetapi bagi ibu bapa, mereka sentiasa mnghalang, bagi mereka kahwin awal tidak sesuai untuk anak muda, kerana perkahwinan adalah satu tanggungjawab, bahkan jika ingin berkahwin perlu mengikut adat, memerlukan belanja yang besar, jika tak ikut adat apa org akan cakap......sedangkan dalam agama cukup mudah bagi urusan perkahwinan...(Dalam jamaah pmium pun dah ramai ustaz-ustazah bercouple, harap-harap tak buat maksiat la, atas nama kerja dakwah, boleh pulak depa bermadu mesra......:)
~Jom kita pakat-pakat kahwin awal~

terima kasih atas komentar. insya Allah bersama2 kita teruskan dan lajukan lagi gerakan dakwah yang memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam. mudah2an khair...

assalamualaikum..syabas saudara dan saudari atas komen dan pandangan peribadi yang dikemukakan.saya ingi berkongsi pandangan peribadi saya mengenai penubuhan sekolah harapan di mana saya melihat umum melihat penubuhan sekolah ini seolah-olah satu kesilapan dan menggalakkan budaya maksiat di kalangan remaja lantaran telah ada tempat khusus untuk mengasingkan remaja-remaja ini setelah berlakunya perkara yang tak diingini.pihak yang menubuhkan sekolah ini sebenarnya telah melaksanakan sekelumit daripada tanggunjawab mereka di dalam masyarakat.bagaimana pula dengan kita? jangan hanya beretorik, memikirkan idea dan segala macam teori tetapi pelaksanaan masih lagi di atas kertas.kita sewajarnya menyokong usaha sebegini dan kita sebagai sebahagian ahli masyarakat perlu segera memikirkan langkah lain bagi mengekang dan mengurangkan gejala kurang sihat di dalam masyarakat pada hari ini.masing-masing mempunyai peranan sendiri berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang ada di tangan masing-masing.jangan memandang sinis usaha dilakukan pihak lain jika kita sendiri masih belum pasti apa sumbangan dan peranan kita dalam menangani perkara sebegini.penubuhan sekolah harapan bukanlah tongkat ajaib yang mampu menyelesaikan secara total masalah remaja kita khususnya remaja melayu.ia perlu disepadukan dengan lain-lain tindakan yang perlu segera dibuat.langkah pencegahan memang perlu sebagaimana saudari sarankan tetapi percayalah selagi kita masih bernama manusia, sudah pasti akan ada segelintir yang masih melakukan kesilapan yang sama berulang kali dan sekolah harapan bertujuan membantu mereka yang telah melakukan kesilapan supaya tidak terus hanyut tanpa sebarang bimbingan.

Post a Comment