KESYAHIDAN...

Category:

Aku meneruskan pembacaanku di laman Saifulislam.com yang agak lama kutinggalkan. Tapi tak sangka, hari ini akan mengundang sebak dan air mata yang tidak tertahan. Tajuk posting ustaz Hasrizal " Sultan Abdul Hamid II: Dari Istana Yilzid ke Pembuangan di Salonika " benar-benar membuat aku sedar bahawa besarnya jarak masa kini dengan saat gemilangnya khilafah Islam menjadi sebab mengapa umat Islam kini leka dan alpa.

Ustaz bercerita saat-saat berakhirnya sebuah pemerintahan khilafah Islam yang juga merupakan khilafah terakhir bagi umat Islam. Sebak tidak terkata, seakan terasa betapa umat kini mensia-siakan pengorbanan mujahid dan mujadid lama. Bahkan sebenarnya umat kini mensia-siakan pengorbanan dan perjuangan Rasulullah SAW yang bermatlamatkan kesejahteraan umat seluruhnya. Bayangkan betapa sukarnya memperoleh kekuasaan semata-mata demi menegakkan Islam, kemudian menghadapi tentangan yang maha hebat, dibuang negeri, dipenjara, dikurung, dipisahkan dari ahli keluarga bahkan di saat-saat akhir kematiannya, doktor juga dihalang untuk merawatnya. Bukan hanya Sultan Hamid II yang merasai penderitaan ini, bahkan para pejuang Islam yang lain turut diseksa. Pernahkah wujud manusia yang rela diseksa hanya kerana nama?? Pernahkah ada manusia yang dihambat separuh mati hanya kerana mahu dipandang mulia?? Tidak ada yang pernah. Tapi kerana Islam dan janji Allah kepada pejuang agamaNya, maka banyaklah manusia yang rela disepak terajang, dihina, dihukum, dipenjara, dibakar bahkan dibunuh. Kerana Allah membeli mereka dengan syurga! Tidak berimankah kita pada ayat-ayat Allah???

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurah, Injil dan Al-Quran. Dan siapakan yang telah menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang sebenar."

(At-Taubah: 111)


Justeru, para mukmin sekalian, tidakkah kalian rasa rugi jika mengabaikan dan membiarkan sahaja janji Allah ini? Tawaran yang takkan mampu diberi oleh seorang yang bernama makhluk. Mengejarnya dan mencapainya pasti menjadikan kita mukmin yang paling bahagia. Teringat kata2 Ustaz Azlan, seorang senior yang begitu ku kagumi, satu langkah berkesan jika mahu terus-terusan berjuang untuk Islam ialah tidak dibelenggu oleh dunia ! Benar! Belenggu dunia ini yang membuat umat kini menjauh dari perjuangan Islam, malah dengan gerakan Islam juga turut dijauh. Ya Allah. Benarlah janjimu...

" Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau & permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" ( surah Al-Ankabuut, ayat 64 )



Berusahalah sahabat dalam mengejar cintaNYA dan redhaNYA. Jadikanlah janji-janji Allah itu kata-kata indah yang membuai perasaan untuk terus berjuang meraih kasihNYA. Sememangnya ia bukan mudah, tapi bukan mustahil... Tersentak seketika merenung wajah-wajah syuhada' yang darah mereka telah menyubur bumi, bahagia bertemu Allah....












" Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurniaan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belumm menyusul mereka, bahawa tiada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati " ( Surah Ali Imran, ayat 169-170 )

Comment (1)

COD emas tulen 999.9 Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1370.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

Post a Comment