Mampukah aku ???!!

0

Category:

 
Mampukah aku menjadi seperti Saiyidah Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuang di jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Saiyidah Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Saiyidah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah, taat pada ayahnya,
Yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.
Ketika ku marah,
Ingin ku intip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga, diterik padang pasir,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita  solehah seperti mereka?
Yang menginfakkan hidup demi Islam tercinta...
Mampukah aku ???!!
               
Read More

My New Banda !

3

Category:



Aku baru sahaja menghabiskan penelitianku pada sebuah kisah yang membuatkan aku ketawa, sebak, kehairanan, terhibur dan macam2 perasaan lagi. Sebuah kisah yang telah lama kuidamkan untuk menontonnya. Kungfu Panda ! Wachaa!!!

Macam budak2 ? Ya mungkin orang yang menonton kartun sebegini akan dikategorikan sebagai seorang yang berperangai seperti budak2. Aku tak kisah jugak sebenarnya kerana aku tahu aku ialah aku. Pada sesiapa yang mengatakan menonton cerita sebegini tak mendatangkan manfaat, bagi aku mereka tersilap. Kerana bermanfaat atau tidak sesuatu pada kehidupan seseorang adalah bergantung kepada bagaimana individu itu melihat dan menilainya. Benar kan?? Justeru, bagiku Kungfu Panda membawa sedikit kebahagiaan kepadaku di saat diri ini tension dengan nota-nota yang berlambak untuk dibaca. Untuk lebih membuatkan sahabat sekalian yakin pada kebaikan dan manfaat yang ku ambil dari cerita ini, ku gagahkan diri menulis sedikit di sini untuk tatapan sahabat sekalian.



1. Banda yang tidak pernah putus asa.
- Biarpun dengan tubuh badan yang besar, gemuk dan berat, Banda tanpa putus asa terus berusaha untuk mencapai impiannya iaitu belajar kungfu. Biarpun pada awalnya beberapa rakannya mengejeknya dan menghalaunya, Banda buat tak tahu dan terus berada di sana demi sebuah harapan dan impian. Banda memanjat tangga yang tinggi, terhumban ke sana ke sini, merasai kesakitan dan kepedihan akibat hentakan, Banda tak pernah berasa kesal dan putus asa. Jadi kita pun tak boleh lekas putus asa. Macam kata sifu Shiva dalam cerita tu " The true warrior does not surrender! " Comenlnya Banda!!!

2. Percaya pada kemampuan diri sendiri.
- Ada satu babak bilamana Banda mula meragui kemampuannya untuk berlawan dengan Tai Long yang jahat dan kuat, sifu Shivanya memberi kata-kata semangat buatnya. Banda ragu pada kemampuannya kerana 5 orang sahabatnya yang lain telah dikalahkan oleh Tai Long. Ketika Banda berkata " ...They can't. They're five master, i'm just one me'..Sifu pun menjawab " but you have something that not owned by one another..". Lalu, Banda pun mula yakin semula pada kemampuannya. Justeru kita?? Yakinlah yang kita mampu lakukan apa jua selagi kita beriman yang kita bertuhan!

3. Anak-anak, sentiasalah menghargai ibu bapa walau siapapun mereka kerana ibu bapa sentiasa menghargai anda sebagai anak-anak mereka.
- Aku hairan dan pelik juga, macamanalah bapa kepada Banda ni adalah seekor swan sedangkan Banda adalah seekor panda. Boleh bayangkan tak?? Adui, pening jugak tengok cerita kartun ni..Tapi satu babak yang menyedihkan hati, bila banda berterus terang dengan ayahnya. " I dont know father. Honestly, sometimes i cannot believe i am your son.." Tapi tau apa yang ayahnya lakukan. Memberitahunya tentang rahsia membuat mee yang selama ini disukai ramai. Pelikkan?? Tapi inilah seorang ayah. Di kala seorang anak mempertikai sesuatu tentang dirinya, ayah bukan sahaja tak menjawab semula, bahkan menimbulkan sesuatu yang baru supaya anak2 tak dibelenggu dengan perasaan sedemikian. Bagaimana pula dengan seorang anak?? Sepatah yang ayah sebutkan, beratus-ratus patah yang kita jawab demi membuktikan kita ni tak buat salah... Macam diri bagus sangat. Ya Allah, ampunkanlah. Abah, maafkanlah..

4. Hargailah dan ingatilah mereka yang berjasa kepada kita
- Aku paling tak berkenan dengan perangai si Tai Long. Sifu Shiva yang menjaga dan mengasuhnya sejak kecil, memimpinnya sehingga dia berjaya menguasai kung fu, tapi kerana scroll dragon warrior, dia jadi lupa pada segala kebaikan Sifu Shiva.Bahkan sanggup untuk membunuh sifunya itu semata-mata mengikut kata hatinya yang nak menjadi dragon warrior. Ish ish. Pernahkah kita menjadi sepertinya? kalau memang sifu tu buat perkara yang teruk, takpe jugak. Sebab sebagai seorang muslim, kita wajib menentang kemungkaran dan kejahatan sekalipun yang dilakukan oleh guru kita sendiri. kerana jangan kerana kita berpegang kepada prinsip 'dia adalah guru kita', segala kesalahannya kita diamkan dan pendamkan sampai berlanggar dengan syarak. Tapi kalau guru kita yang membawa kita kepada kebaikan, maka kenanglah! sekurang-kurangnya biar kita tiipkan secebis doa buatnya selepas setiap solat. Ini minimum.. Kita jgn jadi kacang lupakan kulit. Kalau dengan guru pun wajib berbuat baik, bagaimana dengan ibu bapa????????

Inilah serba sedikit yang aku dapat dari Kungfu Panda. Ada byk lagi, tapi kalau sahabat nak rasai, kena tonton sendiri cerita ni. Aku harap sangat yang keberkatan mengiringi semasa aku tonton ni..Boleh kan? Ke tak boleh?..apa-apalah. Yang pasti, aku akan tonton cerita ni lagi satu hari nanti. ( Bukan dalam masa terdekat sebab banyak nota yang perlu dibaca lagi ).. Semoga sahabat mengambil pengajaran juga dari tulisan sebagaimana aku yang turut sama muhasabah diri..Last sekali, ni kata-kata Sifu Togo pada Banda...

" Surrender, no surrender.Noodle, not noodle. You worried by what was often and what will. There is a saying 'Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a give.That is why it's called present, a gift "

Wallahua'lam...
Read More

Menuju Illahi tapi dengan menunggang syahwat !

1

Category:

Dengan kotak ingatan yang masih banyak ruang kosong akibat nota yang masih banyak lagi belum dihadam, ku teruskan usaha untuk menghabiskan assignment terakhir yang perlu dihantar sebelum 4hb. Artikel bahasa penjajah yang merumitkan lagi memeningkan memenuhi meja, mengambil tempat tetap laptop yang banyak berjasa. Tapi malangnya, kertas-kertas itu aku pandang sepi tanpa disentuh. Sahabat sebilikku yang comel dan amat ku kasihi tekun membaca bukunya untuk peperiksaan esok. Aku mengganggunya dengan soalan sempoi ku..' Ko rasa kenapa aku ni tiada mood untuk belajar?', aku rasa ini soalan yang selalu adik2 kesayanganku di NP berikan padaku. Kini, aku pulak yang macam tak tahu apa  jawapannya. Lalu sahabat sebilikku menjawab 'mungkin sebab tarikh peperiksaan kau jauh lagi...' . Ya, mungkin jugak fikirku. Jauh? Ku hitung jari, hanya ada 4 hari sahaja lagi. Jauh ke 4 hari?? Aku bertanya pada diri. Soalan tu aku tinggalkan di sudut paling dalam di ruang otakku, dan jari cepat sahaja menekan laman blog seorang seniorku. Siapa lagi kalau bukan ustaz yang berjiwa tarbawi, Presiden Gamis. Dengan artikel yang bersahaja, aku tersenyum-senyum sendiri. Pandai jugak ustaz ni buat lawak. Dulu, pertama kali bertemunya, aku sudah set kan di mindaku yang dia adalah seorang yang serius, dan mungkin sedikit keras pada muslimat. Maklumlah, demi menjaga 'kethiqahannya'. Tapi setelah mengenalinya serba sedikit, aku mula faham dan mengubah persepsiku. Apa persepsiku padanya? Hanya Allah sahaja yang tau..hehe Tiba-tiba aku terbaca satu artikelnya, ' Mencari Kebenaran (4) '. Aku tersentak dan terpana. Ya, benar. Kita berjalan menuju cinta Illahi tapi dengan menunggang nafsu syahwat! MasyaAllah, muhasabah sebegini yang aku harapkan. Seringkali aku berbicara pada diri. Wahai diri, benarkah kau ingin menjadi abnaul harakah? Menyiapkan dan menyediakan diri demi sebuah perjalanan panjang demi mencapai sebuah kemenangan? Wahai diri, benarkah perjuanganmu dan cita-citamu untuk syahid? Wahai diri, tidakkah kau cuba membohongi dirimu sendiri?? Kerna di alam realiti, ternyata usahaku tak menunjukkan yang aku ingin menjadi seorang yang syahid. Manakan tidak, aku tidak bersungguh!! Buku yang dibeli, tak dibaca. Doa yang ditulis, tak diamal. Surah yang dihafal, tak dijaga. Janji yang diberi, tak ditepati. Masa yang ada, dibazirkan. Sahabat di sekeliling, kurang dipeduli. Hati yang suci juga, dikotori. MasyaAllah, betapa banyaknya dosaku kini. Kadang tersedar, akan diperbaiki. Tapi bila terleka, dibiarkan terus menjadi-jadi. Lalu aku pun membuat kesimpulan..... Diri adalah amanah Allah. Sejauh manapun jalan yang dilalui, sebanyak mana pun orang yang digauli, berbaliklah merenung diri. Sentiasa ingatkan pada diri, aqal dan hati, di padang mahsyar nanti, apa yang akan dijawab bila lakukan itu ini???? Atau kita akan berdiam diri dan menanti azab yang telah sedia dijanji??

Lalu dengan baki sedikit kesedaran, aku pun menulis di rumah ku ini. Sekadar mengharapkan sahabat yang membacanya turut sama menyelongkar hati. ( eh.kenapa ayat-ayat aku macam puisi je ni?? sama je rima hujung tu..ish.ish. ) Kerana apa? Kerana aku tak ingin berjalan seorang menuju redha Allah. Biar kita pergi bertemunya dalam rombongan yang besar, dengan menyembahkan seluruh ketaatan dan kepatuhan kita padaNya sebagai TUHAN YANG SATU.

Aku terkejut. Eh. handset ku berbunyi,ada mesej masuk. Mesej dari Tuhan ke?? Ish, apalah aku ni. Mesej dari Tuhan kan dah lama sampai, aku je jarang baca... Aku pun dengan bersungguh2, capai handset, buka inbox.

' Persahabatan itu unik di hati. Walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui, kerana asasnya ia kekal di dasar hati...'

Rupanya mesej dari sahabatku yang jauh di kolej10. Aduhai, lamanya tak makan bersama diorang.Teringat zaman di NP dulu, lepas jam12 malam je, akan duduk makan2 dalam bilik sambil dengar lagu nasyid. then yg menariknya, lagu2 yg ada akan dikaitkan dengan hidup. Usrah yang baik dan efektif! Untuk sahabatku di kolej10, nanti kita akan sama2 meredah arus kesibukan jalan raya, dengan menaiki ferari no631 dari setesen U ke mid valley untuk makan2 sambil berusrah. InsyaAllah.........

Tiba-tiba sahabat sebilikku bersuara..." Malasnya baca buku ni..Boringnya!!! ". Aku menepuk dahi.Allah! dia ni terjangkit ngan aku ke? Boleh berjangkit ke penyakit tiada mood study ni???
Read More

Jika KAU takdirkan aku jatuh cinta

0

Category:

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
 
 ( Sekadar satu muhasabah dan peringatan buat diri )
Read More

TAUBAT SEORANG HAMBA

0

Category:

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...
( Lagu : Hafiz Hamidon & Irsyadee ) 
Read More

Benarkah mengenali orang hebat, kita juga akan menjadi hebat?

0

Category:

Menyoroti kisah ringkas Tariq Ibn Ziyad


Tariz Ibn Ziyad adalah salah seorang panglima perang Muslim yang hebat dengan strategi dan rancangan. Beliau diislamkan oleh Gabenor Afrika Utara yang bernama Musa Bin Nushair yang juga merupakan orang yang membebaskan tariq dari belenggu kehambaan. Pada ketika itu, mereka menetap di Eropah yang akhirnya berhijrah ke Afrika bersama-sama penduduk yang beragama Kristian dan berbangsa Yahudi. Pada masa yang sama ada Sepanyol dijajah oleh seorang raja zalim dan kejam berasal dari Eropah iaitu raja Roderick. Lantaran itu Gabenor Musa Bin Nushair merancang untuk melancarkan serangan ke atas Raja Roderick dengan bantuan bala tentera yang dipimpin oleh Tariq Ibn Ziyad.



Setelah mendarat di pantai karang, tentera muslimin berasa sangat gerun kerana jumlah besar tentera kafir iaitu 100 000 orang sedangkan jumlah mereka hanyalah 12 000 orang. Justeru bagi menenangkan hati tenteranya, Panglima Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit yang dipanggil Jabal Tariq dan kini ditukar kepada Gibraltar. Di saat-saat tenteranya dalam kegelisahan, Panglima Tariq memerintahkan agar semua kapal mereka dibakar sebelum perang bermula. Tentu saja ramai antara mereka yang tidak bersetuju dengan perintah beliau. Di saat ada yang bertanya ' Bagaimana kita akan kembali nanti ?'




Dengan lantang dan berani, Panglima Zayid menjawab " Kita datang ke sini bukan berniat untuk kembali ke tanah air. Kita hanya punya 2 pilihan. Samaada terus menetap di sini dengan menakluk negeri ini atau semuanya akan syahid! ". Dan beliau menghunus pedangnya untuk mengingatkan semua tenteranya dengan berkata " Semua negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita "...


Mendengarkan kata-kata Panglima Zayid, semua tenteranya kembali bersemangat. Tidak lain tujuan dan matlamat mereka hanyalah memburu kemenangan atau syahid di jalan Allah. Maka mereka pun berjuang habis-habisan dan alhamdulillah kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun, seluruh Semenanjung Sepanyol telah ditakluk oleh tentera Islam. Pada waktu itulah nama Sepanyol ditukar menjadi Andalusia.


( Inilah Gibraltar )

Sahabat, lihatlah bagaimana pengorbanan dan pertaruhan yang ditawarkan oleh tentera Islam demi sebuah kemenangan. Kemenangan ini tentunya bukan untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi semata-mata kerana Allah, kerana agamaNya, deenNya yang suci. Kita sebagai jundullah akhir zaman perlu sentiasa muhasabah diri. Mencontohi dan menghayati perjuangan mereka bukan sahaja membuatkan kita berbangga menjadi seorang Muslim, bahkan merekalah ikon terbaik untuk kita          jadikan contoh dalam perjuangan selepas Rasulullah dan para sahabat.Takbir!!!
Read More

.....RINDU YANG MENCENGKAM.....

2

Category:


" Rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu, rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan, dan seluruh umat itu merindukan cahaya, yang menerangi kehidupan, rindu kepada Tuhan Ya ALLAH..."


Sebelum solat subuh tadi, tiba-tiba hati dilanda resah, gelisah. Berdebar-debar pun ada jugak. Pelik, hairan. Kemudian saya bermonolog sendiri, kenapa dengan aku ni? Apa yang aku fikirkan sebenarnya?..Justeru semasa menghadapNya, pelbagai doa dipohon, minta ditenangkan hati.... Balik ke bilik, buka laptop, ternampak gambar2 semasa di APIUM NP..MasyaAllah, ini rupanya yang buatkan hati tak menentu, jiwa resah, ruh pun seakan sakit.. Kerinduan yang mencengkam pada nikmat ditarbiyah dan mentarbiyah di sana! Tersedar, bahawa semakin jauh jarak dan masa dari nilai pentarbiyahan, maka makin jauhlah merasa ketenangan. Bukankah janji ALLAH dalam surat cintaNYA Ar-Raad(28 ), hanya dengan mengingatiNYA hati kan tenang?? Lantas saya bertanya pada aqal dan hati." Sudah jauhkah aku dari nikmat tarbiyah? Jauhkah aku dari ingatan padaNYA? Adakah rinduku padaNYA telah berpaling arah?" Ya Tuhan, saya tersentak. Mungkin....Ya tuhan, ini lah penyebab mengapa jiwaku resah, ruh ku sakit. Dalam tidak sedar, amalanku tidak mendekatkan aku denganMU Ya Allah...Justeru, adakah amalanku sia-sia????? Nauzubillah..

Sahabat, selalu lah bertanya pada diri. Terjah dan serang diri dengan pelbagai persoalan! Paksa diri untuk mencari jawapan! Mungkin pada ketika itulah hidayahNYA akan menyapa, mengusap jiwa penuh lembut, agar TAQWA kembali subur dan kukuh. Kemudian taqwa itu kita baja dan biakkan lagi dengan penuh tawadduk dan istiqomah. Meskipun kta tahu, hakikat TAQWA itu TAKUT TAPI RINDU....Takut akan azabNYA, dan terus rindu untuk bertemuNYA.. Ya ALLAH, ampunkan hambaMu ini jika amanahMu padaku iaitu tanganku, mataku, mulutku, hatiku, aqalku, lidahku, pendengaranku, jiwaku dan segalanya tidak ku pelihara dengan baik. Ampunkanlah ya Allah, aku rindu pada ketenanganMU, pada sentuhan cintaMU yang memenuhi segenap ruang di hatiku, juga ku rindu pada ampunanMU..Aku Rindu bertemuMU ya Rabbi...

Read More

Maafkan adik, abah!

3

Category:

SALAM UKHWAH FILLAH !

Pernahkah sahabat mencurahkan rasa sayang pada ayah sahabat? membiarkan dia rasa amat dihargai oleh anaknya? membuatkan dia hanyut dalam perasaan kasih pada amanah Allah yang dipinjamkan kepadaNya? Jika TIDAK PERNAH, maka buatlah sekarang !!!
Saya ingin berkongsi perasaan kesal dan bersalah saya pada abah saya sendiri.. Saya insafi betapa saya kurang peka pada perkara yang dianggap kecil dan remeh. Saya tidak sedar perkara yang saya anggap kecil ini memberi kesan pada perasaan abah yang sangat saya kasihi... Ampunkan hambaMu ini Tuhan...
Tarikh 11 Oktober dah 2 minggu berlalu. tapi perasaan kesal & bersalah ini belum mampu saya padamkan. Tarikh tersebut adalah hari lahir abah saya, Tn.Hj Majeed Bin Bongsu. Seorang hamba Allah yang paling saya sanjungi, sayangi dan kasihi. Tapi satu kesilapan besar saya, adalah terlupa untuk mengucapkan sebarang ucapan selamat buatnya. Tiada panggilan yg saya buat, tiada sms yg saya hantar. Kebetulan hari tersebut saya sgt bz.Pagi tu sy ingat, tp akibat kesibukan saya terlupa. Hinggalah 15 Oktober, saya pun kol keluarga.. Soalan pertama abah, 'adik lupa tarikh 11hb ada apa?'. saya terkedu.sbb sy tau sy tiada jwpn yg konkrit utk menjawab. Dgn penuh rasa kesal, saya meminta maaf pada abah. Memberitahu kondisi saya yg sbnrnya. Yg membuatkan saya lebih sedih bilamana abah berkata ' abah ingatkan adik marahkan abah...' Ya Allah, berdosanya saya ketika itu. Bukan, berdosanya saya selama 5 hari tersebut. Membuatkan abah rasa tertunggu2 dan rasa bersalah pulak pd sy. MasyaAllah, kalau saya meninggal dunia dalam 5 hari tersebut, saya tak tau adakah abah redha pada saya atau tak.. Terukkan saya, sahabat??? Bertalu-talu saya meminta maaf dan menafikan yg saya tak marahkan abah. Tak terlintas pun, dan tiada sbb pun.Saya sendri tak tau macamana abah boleh terfikir sampai mcm tu sekali... Telefon pun berganti ke tangan mama saya..Mama menyebut perkara yg sama..Tapi lebih membebankan jiwa dan ruh saya bilamana mama membisikkan yang abah menangis! Menangis sebab saya langsung tak hubunginya pada tarikh tersebut. Ya Allah! Rasa ingin meraung dan balik ke rumah pada waktu tu jugak! Betapa saya rasa amat berdosa..rasa berdosa yang teramat sgt.sgt2... lalu saya juga memohon ampun dan maaf dari mama. Mama lantas menasihati saya, mengingatkan saya semula tentang ciri anak yang solehah, hamba Allah yang baik dan redha ibu bapa. Suara lembut mama melentur jiwa raga saya, membuatkan hati saya menangis hebat... Saya insafi keburukan dan dosa saya, dan bertekad perkara begini takkan berulang lagi..
Kini saya sedar. Perkara yang melibatkan ibu bapa tak boleh dipandang remeh temeh. Sebenarnya bukan isu birthday, tapi ingatan pada mereka agar mereka rasa dihargai. Penghargaan ini yang mempengaruhi mereka. Benarlah kata2 ibu bapa mampu menjaga 9 orang anak, tapi 9 orang anak belum tentu mampu menjaga ibu bapa. Apatah lagi saya yang hanya punya 2 beradik, kami memikul tanggungjawab 9 orang anak td...
Untuk abah tersayang, ampunkanlah dan maafkanlah adik. Redhailah adik, kerana redhamu membawa adik kepada redha Allah.. Adik berjanji perkara begini takkan berulang. Maafkanlah adik.........
Read More

PERTEMUAN PERTAMA

0

Category:

Salam kasih sayang!

Ini pertemuan pertama kita di alam maya. Sebelum ini saya berkarya di http://nuwairah.blogdrive.com. Tetapi, ingin mencuba sesuatu yang baru, maka wujudlah blog ini. Blog di kerajaan baru Blogspot.:> apapun, nantikan post-post seterusnya dari saya. InsyaAllah. Jumpa lagi!!!
Read More