My New Banda !

Category:



Aku baru sahaja menghabiskan penelitianku pada sebuah kisah yang membuatkan aku ketawa, sebak, kehairanan, terhibur dan macam2 perasaan lagi. Sebuah kisah yang telah lama kuidamkan untuk menontonnya. Kungfu Panda ! Wachaa!!!

Macam budak2 ? Ya mungkin orang yang menonton kartun sebegini akan dikategorikan sebagai seorang yang berperangai seperti budak2. Aku tak kisah jugak sebenarnya kerana aku tahu aku ialah aku. Pada sesiapa yang mengatakan menonton cerita sebegini tak mendatangkan manfaat, bagi aku mereka tersilap. Kerana bermanfaat atau tidak sesuatu pada kehidupan seseorang adalah bergantung kepada bagaimana individu itu melihat dan menilainya. Benar kan?? Justeru, bagiku Kungfu Panda membawa sedikit kebahagiaan kepadaku di saat diri ini tension dengan nota-nota yang berlambak untuk dibaca. Untuk lebih membuatkan sahabat sekalian yakin pada kebaikan dan manfaat yang ku ambil dari cerita ini, ku gagahkan diri menulis sedikit di sini untuk tatapan sahabat sekalian.



1. Banda yang tidak pernah putus asa.
- Biarpun dengan tubuh badan yang besar, gemuk dan berat, Banda tanpa putus asa terus berusaha untuk mencapai impiannya iaitu belajar kungfu. Biarpun pada awalnya beberapa rakannya mengejeknya dan menghalaunya, Banda buat tak tahu dan terus berada di sana demi sebuah harapan dan impian. Banda memanjat tangga yang tinggi, terhumban ke sana ke sini, merasai kesakitan dan kepedihan akibat hentakan, Banda tak pernah berasa kesal dan putus asa. Jadi kita pun tak boleh lekas putus asa. Macam kata sifu Shiva dalam cerita tu " The true warrior does not surrender! " Comenlnya Banda!!!

2. Percaya pada kemampuan diri sendiri.
- Ada satu babak bilamana Banda mula meragui kemampuannya untuk berlawan dengan Tai Long yang jahat dan kuat, sifu Shivanya memberi kata-kata semangat buatnya. Banda ragu pada kemampuannya kerana 5 orang sahabatnya yang lain telah dikalahkan oleh Tai Long. Ketika Banda berkata " ...They can't. They're five master, i'm just one me'..Sifu pun menjawab " but you have something that not owned by one another..". Lalu, Banda pun mula yakin semula pada kemampuannya. Justeru kita?? Yakinlah yang kita mampu lakukan apa jua selagi kita beriman yang kita bertuhan!

3. Anak-anak, sentiasalah menghargai ibu bapa walau siapapun mereka kerana ibu bapa sentiasa menghargai anda sebagai anak-anak mereka.
- Aku hairan dan pelik juga, macamanalah bapa kepada Banda ni adalah seekor swan sedangkan Banda adalah seekor panda. Boleh bayangkan tak?? Adui, pening jugak tengok cerita kartun ni..Tapi satu babak yang menyedihkan hati, bila banda berterus terang dengan ayahnya. " I dont know father. Honestly, sometimes i cannot believe i am your son.." Tapi tau apa yang ayahnya lakukan. Memberitahunya tentang rahsia membuat mee yang selama ini disukai ramai. Pelikkan?? Tapi inilah seorang ayah. Di kala seorang anak mempertikai sesuatu tentang dirinya, ayah bukan sahaja tak menjawab semula, bahkan menimbulkan sesuatu yang baru supaya anak2 tak dibelenggu dengan perasaan sedemikian. Bagaimana pula dengan seorang anak?? Sepatah yang ayah sebutkan, beratus-ratus patah yang kita jawab demi membuktikan kita ni tak buat salah... Macam diri bagus sangat. Ya Allah, ampunkanlah. Abah, maafkanlah..

4. Hargailah dan ingatilah mereka yang berjasa kepada kita
- Aku paling tak berkenan dengan perangai si Tai Long. Sifu Shiva yang menjaga dan mengasuhnya sejak kecil, memimpinnya sehingga dia berjaya menguasai kung fu, tapi kerana scroll dragon warrior, dia jadi lupa pada segala kebaikan Sifu Shiva.Bahkan sanggup untuk membunuh sifunya itu semata-mata mengikut kata hatinya yang nak menjadi dragon warrior. Ish ish. Pernahkah kita menjadi sepertinya? kalau memang sifu tu buat perkara yang teruk, takpe jugak. Sebab sebagai seorang muslim, kita wajib menentang kemungkaran dan kejahatan sekalipun yang dilakukan oleh guru kita sendiri. kerana jangan kerana kita berpegang kepada prinsip 'dia adalah guru kita', segala kesalahannya kita diamkan dan pendamkan sampai berlanggar dengan syarak. Tapi kalau guru kita yang membawa kita kepada kebaikan, maka kenanglah! sekurang-kurangnya biar kita tiipkan secebis doa buatnya selepas setiap solat. Ini minimum.. Kita jgn jadi kacang lupakan kulit. Kalau dengan guru pun wajib berbuat baik, bagaimana dengan ibu bapa????????

Inilah serba sedikit yang aku dapat dari Kungfu Panda. Ada byk lagi, tapi kalau sahabat nak rasai, kena tonton sendiri cerita ni. Aku harap sangat yang keberkatan mengiringi semasa aku tonton ni..Boleh kan? Ke tak boleh?..apa-apalah. Yang pasti, aku akan tonton cerita ni lagi satu hari nanti. ( Bukan dalam masa terdekat sebab banyak nota yang perlu dibaca lagi ).. Semoga sahabat mengambil pengajaran juga dari tulisan sebagaimana aku yang turut sama muhasabah diri..Last sekali, ni kata-kata Sifu Togo pada Banda...

" Surrender, no surrender.Noodle, not noodle. You worried by what was often and what will. There is a saying 'Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a give.That is why it's called present, a gift "

Wallahua'lam...

Comments (3)

salam kak.. we have a same fav cartoon.. masa cuti hari tu, baru ja saya siap tgk cartoon ni.. memang banyak teladan n d samping tu kita jua ingin bersemangat sepertinya..:)

ni kak lina mo komen pula..
pengajaran terbesar yg kak dapat dr citer ni..(bru abes nonton pas exam psiko)hehe.

the true strenght in ourselves is to BE WHO YOU ARE!menjadi diri sendiri adalah kekuatan utama kita!

bagimana PO itu berusaha sedaya mungkin dengan cemuhan org pd awalnya dan pelbagai kekurangan pd dirinya..dia tetap tabah!go on berjuang..

camtula kita..be urself..our ultimate strength!

memang cerita yang menarik dan penuh dengan pelbagai pengajaran yang pada pemikiran kita bukan untuk tontonan orang dewasa..tetapi percayalah adakala sesuatu yang biasa itu andai dinilai dari sudut luar biasa, maka kita akan menjadi luar biasa..

sama seperti banda yang menilai skrool dragon warrior sebagai sesuatu yg istemewa walhal hakikatnya tiada apa-apa

Post a Comment