Menuju Illahi tapi dengan menunggang syahwat !

Category:

Dengan kotak ingatan yang masih banyak ruang kosong akibat nota yang masih banyak lagi belum dihadam, ku teruskan usaha untuk menghabiskan assignment terakhir yang perlu dihantar sebelum 4hb. Artikel bahasa penjajah yang merumitkan lagi memeningkan memenuhi meja, mengambil tempat tetap laptop yang banyak berjasa. Tapi malangnya, kertas-kertas itu aku pandang sepi tanpa disentuh. Sahabat sebilikku yang comel dan amat ku kasihi tekun membaca bukunya untuk peperiksaan esok. Aku mengganggunya dengan soalan sempoi ku..' Ko rasa kenapa aku ni tiada mood untuk belajar?', aku rasa ini soalan yang selalu adik2 kesayanganku di NP berikan padaku. Kini, aku pulak yang macam tak tahu apa  jawapannya. Lalu sahabat sebilikku menjawab 'mungkin sebab tarikh peperiksaan kau jauh lagi...' . Ya, mungkin jugak fikirku. Jauh? Ku hitung jari, hanya ada 4 hari sahaja lagi. Jauh ke 4 hari?? Aku bertanya pada diri. Soalan tu aku tinggalkan di sudut paling dalam di ruang otakku, dan jari cepat sahaja menekan laman blog seorang seniorku. Siapa lagi kalau bukan ustaz yang berjiwa tarbawi, Presiden Gamis. Dengan artikel yang bersahaja, aku tersenyum-senyum sendiri. Pandai jugak ustaz ni buat lawak. Dulu, pertama kali bertemunya, aku sudah set kan di mindaku yang dia adalah seorang yang serius, dan mungkin sedikit keras pada muslimat. Maklumlah, demi menjaga 'kethiqahannya'. Tapi setelah mengenalinya serba sedikit, aku mula faham dan mengubah persepsiku. Apa persepsiku padanya? Hanya Allah sahaja yang tau..hehe Tiba-tiba aku terbaca satu artikelnya, ' Mencari Kebenaran (4) '. Aku tersentak dan terpana. Ya, benar. Kita berjalan menuju cinta Illahi tapi dengan menunggang nafsu syahwat! MasyaAllah, muhasabah sebegini yang aku harapkan. Seringkali aku berbicara pada diri. Wahai diri, benarkah kau ingin menjadi abnaul harakah? Menyiapkan dan menyediakan diri demi sebuah perjalanan panjang demi mencapai sebuah kemenangan? Wahai diri, benarkah perjuanganmu dan cita-citamu untuk syahid? Wahai diri, tidakkah kau cuba membohongi dirimu sendiri?? Kerna di alam realiti, ternyata usahaku tak menunjukkan yang aku ingin menjadi seorang yang syahid. Manakan tidak, aku tidak bersungguh!! Buku yang dibeli, tak dibaca. Doa yang ditulis, tak diamal. Surah yang dihafal, tak dijaga. Janji yang diberi, tak ditepati. Masa yang ada, dibazirkan. Sahabat di sekeliling, kurang dipeduli. Hati yang suci juga, dikotori. MasyaAllah, betapa banyaknya dosaku kini. Kadang tersedar, akan diperbaiki. Tapi bila terleka, dibiarkan terus menjadi-jadi. Lalu aku pun membuat kesimpulan..... Diri adalah amanah Allah. Sejauh manapun jalan yang dilalui, sebanyak mana pun orang yang digauli, berbaliklah merenung diri. Sentiasa ingatkan pada diri, aqal dan hati, di padang mahsyar nanti, apa yang akan dijawab bila lakukan itu ini???? Atau kita akan berdiam diri dan menanti azab yang telah sedia dijanji??

Lalu dengan baki sedikit kesedaran, aku pun menulis di rumah ku ini. Sekadar mengharapkan sahabat yang membacanya turut sama menyelongkar hati. ( eh.kenapa ayat-ayat aku macam puisi je ni?? sama je rima hujung tu..ish.ish. ) Kerana apa? Kerana aku tak ingin berjalan seorang menuju redha Allah. Biar kita pergi bertemunya dalam rombongan yang besar, dengan menyembahkan seluruh ketaatan dan kepatuhan kita padaNya sebagai TUHAN YANG SATU.

Aku terkejut. Eh. handset ku berbunyi,ada mesej masuk. Mesej dari Tuhan ke?? Ish, apalah aku ni. Mesej dari Tuhan kan dah lama sampai, aku je jarang baca... Aku pun dengan bersungguh2, capai handset, buka inbox.

' Persahabatan itu unik di hati. Walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui, kerana asasnya ia kekal di dasar hati...'

Rupanya mesej dari sahabatku yang jauh di kolej10. Aduhai, lamanya tak makan bersama diorang.Teringat zaman di NP dulu, lepas jam12 malam je, akan duduk makan2 dalam bilik sambil dengar lagu nasyid. then yg menariknya, lagu2 yg ada akan dikaitkan dengan hidup. Usrah yang baik dan efektif! Untuk sahabatku di kolej10, nanti kita akan sama2 meredah arus kesibukan jalan raya, dengan menaiki ferari no631 dari setesen U ke mid valley untuk makan2 sambil berusrah. InsyaAllah.........

Tiba-tiba sahabat sebilikku bersuara..." Malasnya baca buku ni..Boringnya!!! ". Aku menepuk dahi.Allah! dia ni terjangkit ngan aku ke? Boleh berjangkit ke penyakit tiada mood study ni???

Comment (1)

buleh je berjangkit... moga2 kita semua diberi kekuatan iman untuk sentiasa istiqamah... insyaAllah...

Post a Comment