Benarkah mengenali orang hebat, kita juga akan menjadi hebat?

Category:

Menyoroti kisah ringkas Tariq Ibn Ziyad


Tariz Ibn Ziyad adalah salah seorang panglima perang Muslim yang hebat dengan strategi dan rancangan. Beliau diislamkan oleh Gabenor Afrika Utara yang bernama Musa Bin Nushair yang juga merupakan orang yang membebaskan tariq dari belenggu kehambaan. Pada ketika itu, mereka menetap di Eropah yang akhirnya berhijrah ke Afrika bersama-sama penduduk yang beragama Kristian dan berbangsa Yahudi. Pada masa yang sama ada Sepanyol dijajah oleh seorang raja zalim dan kejam berasal dari Eropah iaitu raja Roderick. Lantaran itu Gabenor Musa Bin Nushair merancang untuk melancarkan serangan ke atas Raja Roderick dengan bantuan bala tentera yang dipimpin oleh Tariq Ibn Ziyad.



Setelah mendarat di pantai karang, tentera muslimin berasa sangat gerun kerana jumlah besar tentera kafir iaitu 100 000 orang sedangkan jumlah mereka hanyalah 12 000 orang. Justeru bagi menenangkan hati tenteranya, Panglima Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit yang dipanggil Jabal Tariq dan kini ditukar kepada Gibraltar. Di saat-saat tenteranya dalam kegelisahan, Panglima Tariq memerintahkan agar semua kapal mereka dibakar sebelum perang bermula. Tentu saja ramai antara mereka yang tidak bersetuju dengan perintah beliau. Di saat ada yang bertanya ' Bagaimana kita akan kembali nanti ?'




Dengan lantang dan berani, Panglima Zayid menjawab " Kita datang ke sini bukan berniat untuk kembali ke tanah air. Kita hanya punya 2 pilihan. Samaada terus menetap di sini dengan menakluk negeri ini atau semuanya akan syahid! ". Dan beliau menghunus pedangnya untuk mengingatkan semua tenteranya dengan berkata " Semua negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita "...


Mendengarkan kata-kata Panglima Zayid, semua tenteranya kembali bersemangat. Tidak lain tujuan dan matlamat mereka hanyalah memburu kemenangan atau syahid di jalan Allah. Maka mereka pun berjuang habis-habisan dan alhamdulillah kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun, seluruh Semenanjung Sepanyol telah ditakluk oleh tentera Islam. Pada waktu itulah nama Sepanyol ditukar menjadi Andalusia.


( Inilah Gibraltar )

Sahabat, lihatlah bagaimana pengorbanan dan pertaruhan yang ditawarkan oleh tentera Islam demi sebuah kemenangan. Kemenangan ini tentunya bukan untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi semata-mata kerana Allah, kerana agamaNya, deenNya yang suci. Kita sebagai jundullah akhir zaman perlu sentiasa muhasabah diri. Mencontohi dan menghayati perjuangan mereka bukan sahaja membuatkan kita berbangga menjadi seorang Muslim, bahkan merekalah ikon terbaik untuk kita          jadikan contoh dalam perjuangan selepas Rasulullah dan para sahabat.Takbir!!!

Comments (0)

Post a Comment