.....RINDU YANG MENCENGKAM.....

Category:


" Rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu, rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan, dan seluruh umat itu merindukan cahaya, yang menerangi kehidupan, rindu kepada Tuhan Ya ALLAH..."


Sebelum solat subuh tadi, tiba-tiba hati dilanda resah, gelisah. Berdebar-debar pun ada jugak. Pelik, hairan. Kemudian saya bermonolog sendiri, kenapa dengan aku ni? Apa yang aku fikirkan sebenarnya?..Justeru semasa menghadapNya, pelbagai doa dipohon, minta ditenangkan hati.... Balik ke bilik, buka laptop, ternampak gambar2 semasa di APIUM NP..MasyaAllah, ini rupanya yang buatkan hati tak menentu, jiwa resah, ruh pun seakan sakit.. Kerinduan yang mencengkam pada nikmat ditarbiyah dan mentarbiyah di sana! Tersedar, bahawa semakin jauh jarak dan masa dari nilai pentarbiyahan, maka makin jauhlah merasa ketenangan. Bukankah janji ALLAH dalam surat cintaNYA Ar-Raad(28 ), hanya dengan mengingatiNYA hati kan tenang?? Lantas saya bertanya pada aqal dan hati." Sudah jauhkah aku dari nikmat tarbiyah? Jauhkah aku dari ingatan padaNYA? Adakah rinduku padaNYA telah berpaling arah?" Ya Tuhan, saya tersentak. Mungkin....Ya tuhan, ini lah penyebab mengapa jiwaku resah, ruh ku sakit. Dalam tidak sedar, amalanku tidak mendekatkan aku denganMU Ya Allah...Justeru, adakah amalanku sia-sia????? Nauzubillah..

Sahabat, selalu lah bertanya pada diri. Terjah dan serang diri dengan pelbagai persoalan! Paksa diri untuk mencari jawapan! Mungkin pada ketika itulah hidayahNYA akan menyapa, mengusap jiwa penuh lembut, agar TAQWA kembali subur dan kukuh. Kemudian taqwa itu kita baja dan biakkan lagi dengan penuh tawadduk dan istiqomah. Meskipun kta tahu, hakikat TAQWA itu TAKUT TAPI RINDU....Takut akan azabNYA, dan terus rindu untuk bertemuNYA.. Ya ALLAH, ampunkan hambaMu ini jika amanahMu padaku iaitu tanganku, mataku, mulutku, hatiku, aqalku, lidahku, pendengaranku, jiwaku dan segalanya tidak ku pelihara dengan baik. Ampunkanlah ya Allah, aku rindu pada ketenanganMU, pada sentuhan cintaMU yang memenuhi segenap ruang di hatiku, juga ku rindu pada ampunanMU..Aku Rindu bertemuMU ya Rabbi...

Comments (2)

jiwang r..sape la yg drindu kt nilm puri 2...aizt

ana rindukan penghayatan tarbiyah di sana,juga pada biahnya yg turut mendidik. dan ana suka untuk melafazkan kata2 cinta pada Allah biarpun ramai yang tafsirkannya sebagai 'jiwang' etc. tak salah bg ana sbb kata2 tu memang ayak untuk Allah. kalau bab rindu orang pun ye jugak aizt. ana rindu pada mok heng, tomyam dia memang power. cayalah mok heng!:> - NUWAIRAH

Post a Comment