Allah Maha Adil...

Category:

Dah lama rasanya tak menulis apa-apa untuk rumah saya ni. Ni akibat dari usercode yang dah tamat tarikh dan rasa rugi kalau beli yang baru sebabnya esok lusa dah nak balik. Tapi syukur alhamdulillah, masih ada usercode sahabat yang ditinggalkan di sini walaupun dirinya dah pun sampai di Pulau Pinang ( Thanx, Tim... )

21hb lepas PMAPIUM dengan kerjasama Pertubuhan Al-Khaadem adakan 1 'public lecture' oleh Sheikh Yusuf Esthes dari USA. Mula dapat mesej tentang program ni, tak disertakan dengan tajuk. Bila dapat tugasan baru dari Timbalan YDP PMA, baru dapat tau tajuk lecture sangat hebat WHY SHOULD WE BELIEVE IN GOD?. Terkesima sebentar kerana soalan tu benar-benar terkesan di hati. Saya bermonolog, ni belum lagi dengar lecture tu, baru dgr tajuknya... Seketika saya teringat soalan Ustaz Hasrizal 19hb lepas, APA YANG MEMBUATKAN KAMU BERBANGGA MENJADI MUSLIM ???.. Kedua-dua soalan ni sememangnya meninggalkan impak besar pada hati saya. Dalam keadaan sebegini, saya begitu teruja untuk mendengar ulasan Sheikh Yusuf Esthes. Tak sabar rasanya menanti malam sebab kuliah tu bermula jam 8.30malam.

Usai maghrib, saya dan seorang sahabat terpaksa bergegas ke rumah sewa seorang kakak senior untuk mencari barang-barang persediaan majlis yang masih belum lengkap. Dek kerana ramai yang dah balik, jadi  4 5 orang terpaksa menjadi adhoc bidan terjun untuk melancarkan lagi program. Mujurlah pihak Pertubuhan Al-Khaadem yang menguruskan soal promosi, penceramah, penginapan dll. Pihak PMA hanya perlu menguruskan soal tempat ceramah dan makanan. Itu pun makanan yang perlu disediakan hanyalah air kosong. Alhamdulillah..... Sampai di Dewan Kuliah Utama API, banyak kerusi yang dah penuh. Saya memang dah agak yang DKU akan penuh malam tu sebab kawan yang di UITM Shah Alam juga tahu tentang program malam tu. Menakjubkan, bila bilangan penonton Muslimin lebih banyak dari bilangan penonton Muslimat. Subhanallah, ni lah program pertama yang saya jumpa muslimin lebih dari muslimat.. Tergamam seketika bila ruangan muslimat juga dipenuhi oleh muslimin.

Terkejar ke sana sini kerana macam-macam hal yang berlaku sebelum program berlangsung. Terdetik di hati, Allah nak jadikan kata-kata "nak membantu agama Allah" menjadi realiti. Tak lama kemudian, rombongan Sheikh Yusuf Esthes pun sampai. Hati melonjak, tak sabar-sabar menanti bait bicaranya. Tapi tanpa diduga, Allah jadikan pulak diri ni sebagai baby sitter dan kena jaga adik-adik kecil yang datang. Pada mulanya, memang mak ayah diorang tak cakap pun minta tolong jaga adik-adik ni. Tapi saya tak bole pentingkan diri dan tinggalkan diorang bermain di luar tanpa pengawasan. Jadi dengan tekad ini pun membantu agama Allah, saya tetapkan kaki untuk terus menjaga diorang. ( sebenarnya bermain bersama diorang... ). Rasa kecewa saya buang jauh-jauh kerana ni pun mengubat rindu untuk bermain ngan Ema dan Izan. 

Saya tanya nama adikyang comel ni..Si kakak pun memperkenalkan dirinya dan adik-adiknya yang seramai 3 orang tu. Giliran si bongsu bernama muhsinin..Saya lantas bersuara.." wah..cantiknya nama adik, muhsinin. Adik kena jadi orang yang baik tau, sebab adik kan muhsinin.." Sambil makan gula-gula yang dibelanja olah kak Yati, adik menggeleng-geleng kepala dengan lajunya. Seolah-olah dia menolak sekeras-kerasnya saranan saya supaya dia menjadi orang yang baik.." Kenapa adik? Kan bagus jadi orang baik..Allah sayang orang yang baik.." Lantas dia menjawab "Adik tak nak..adik tak nak..nama adik, adik"..MasyaAllah..saya tergamam.. Eh budak ni tak tau ke nama betul dia?.. Justeru saya pujuk dan katakan padanya yang orang nama adik pun kena jadi orang baik.Silap saya di awal tadi kerana memintanya menjadi orang baik atas alasan namanya muhsinin...( Ni kena banyak latihan psikologi kanak-kanak nih..) Akhirnya dia faham dan mengangguk, mungkin itu tanda yang dia nak jadi orang yang baik. InsyaAllah... Habis gula-gula di mulut, dia tarik lagi saya ke koperasi yang sedang dijaga oleh kak Niza. Rezeki adik-adik ni, ada je yang nak belanja diorang, belikan itu ini. Saya tolong bawa masuk koperasi je (",). Sedang saya membuka penutup coklet NiNi tu, si adik dengan tenangnya bersuara " Pedas giler...". Allah! Saya menepuk dahi. Kenapa budak ni? Apa yang pedas pulak? Lantas abangnya bersuara." Adik, bukan pedas giler. Pedas sangat...". Oh...baru saya faham. Bagus jugak tarbiyah iklan TV ni, membawa kesan pada si kecil. Iklan Mamee yang nampaknya popular tu turut memberi kesan pada si adik yang saya agak baru 4 tahun.Kalau kita serapkan Islam dalam iklan, mesti sangat berkesan! "Adik..adik..ni bukan pedas, ni sedap" saya cuba membetulkan persepsinya..Dia hanya fokus pada coklet NiNi yang masih berada di tangan saya. Agaknya dia tertanya-tanya, bilalah akak ni nak bagi aku coklet tu... kan? Coklet bertukar tangan, yang kakak, yang abang, yang adik, semuanya berselera mengunyah coklet yang turut saya gemari di zaman kanak-kanak dulu. Tiba-tiba kakak yang kedua bersuara, "adik tamak.adik tamak". Adei..bergaduh pulak budak-budak ni.. Saya pun mula menjadi hakim pendamai, membuat penjelasan, pertimbangan dengan sewajarnya. Sebab silap haribulan, ada yang menangis ni, lagi parah. Kecoh DKU... 

Akhirnya, mak diorang pun keluar dari DKU dan ajak adik-adik ni balik... Sedih jugak sebab tak tau bila lagi boleh jumpa dan main ngan diorang.Peluang ni saya ambil dan cepat-cepat masuk ke DKU kerana kuliah Sheikh Yusuf Esthes masih belum tamat. DKU riuh rendah sebabnya Sheikh Yusuf Esthes sememangnya pandai membuat lawak spontan. Duduk di kerusi empuk, mata saya layu. Saya dah kurang fokus pada kuliah sheikh, mungkin kepenatan. Tak lama kemudian, kuliah tamat. Usai mengemas apa yang patut, kami berangkat balik. Saya muhasabah diri.Nampaknya memang tertulis di loh mahfuz, saya hanya sebagai pembantu melicinkan progam, tapi bukan penonton. Tapi alhamdulillah, pengajaran yang saya dapat di luar DKU bermanfaat bagi saya berbanding kesempatan sebentar saya duduk di dalam DKU tapi tak fokus pun pada kuliah sheikh. Alhamdulillah, Allah Maha Adil, Maha Penyayang..Moga masih ada kesempitan untukku mendengar kuliah Sheikh Yusuf Esthes. Terdetik di hati, ini yang membuatku berbangga menjadi MUSLIM...

Comments (0)

Post a Comment