Kenangan Indah

Category:

Lembaran hidup hari ini ku buka dengan mengimbas kembali alam persekolahan yang hampir 5 tahun ku tinggalkan.Tidak dinafikan, dalam tempoh itu, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup yang tentunya tidak pernah ku fikirkan sebelum ini. Selepas SPM, kaki laju melangkah ke bumi tarbiyah Kelantan Darul Naim walaupun keluarga lebih mahu tawaran ke matrikulasi ku terima. Masih teringat lagi, nenek di kampung juga menyokong penuh untukku menerima tawaran matrikulasi, bukan apa, kerana matrikulasi itu terletak di kampung. Tetapi setelah berfikir panjang dan pastinya memohon petunjuk yang Esa, tenang hatiku menerima tawaran ke Varsiti Perdana. Kesedihan ku pada saat itu bukan sahaj tertumpah pada perpisahan sementara bersama keluarga, tapi kerana jauhnya aku dengan sekolah kesayanganku SMKA Kota Kinabalu. Medan pertama yang mengajar ku peritnya jatuh bangun dalam hidup seorang remaja yang baru mengenal dunia. Teringat 'madah' yang selalu ku tulis di sana sini, di dalam buku nota, kertas exam, pintu loker, hatta di dalam buku rakan-rakan lain tanpa pengetahuan mereka - "SMKAKK,segalanya bermula di sini...". Ku kira ayat ini cukup menggambarkan betapa sekolah ini mengajar ku hampir segalanya tentang hidup. Di sinilah juga aku belajar untuk menetapkan ke mana hala tuju hidupku selepas habis sekolah. Di tambah lagi dengan sahabat-sahabat yang sangat ku sayangi-salmah,izni,salha,shidah,yanti,iza,nati,lina,angah,hani,raisah,aninah, salwa, farina, kamariah,deann dan lain-lain.Masing-masing sudah menyambung study di IPT, alhamdulillah. Ku kira ada beberapa nama pelajar lelaki yang sama-sama 'berkerja' dalam PRS dan classmate yang masih juga ku ingat nama mereka - hanafiah,yusry, samsul,syam, syafaat,huzaifah,dahlie,khairul,fendi dan lain-lain. Yang lain bukan tak ingat, cuma terlupa nama ( ni lah masalah aku yang mudah lupa nama orang ). Tapi yang memang takkan dilupa ialah Mbak dewan makan yang sampai sekarang aku pun tak tau apa nama betulnya. Yang ku tahu, nama anak Mbak yang comel-akmal( ni pun ingat-ingat lupa jugak ni ).Setiap kali ke sekolah, aku dan sahabat lain takkan lupa untuk singgah ke dewan makan. Paling menyeronokkan bila Mbak pun masih ingat kami lagi, mungkin kerana di sekolah dulu suka sangat duduk menyibuk di dapur. Kalau bernasib baik, lawatan tak rasmi tu pun akan dihidang dengan nasi ayam atau aiskrim. Memang best lah Mbak! 1 tempat lagi yang selalu menjadi tempat yang ku tuju ialah Bilik Pengetua. Sepanjang 5 tahun aku bersekolah di sana, sempat jugaklah merasa 2 orang pengetua (ust hj mohd zain & ustz hjh arpah),walaupun hanya beberapa bulan bersama pengetua baru.Alhamdulillah kedua-duanya sporting dan baik hati. Teringat kali terakhir berjumpa Ustazah yang kini telah pun ditukar dengan ustazah jaimis sebagai pengetua. Perbualan yang pada mulanya perbualan kosong,melarat sehingga ustazah bercerita tentang hati dan perasaan. Terkejut jugak, tapi dalam masa yang sama, kagum dengan ustazah yang menganggap anak uridnya seperti anak sendiri. Macam-macam nasihat yang hingga kini masih ku ingat, termasuklah nama cadangan untuk dijadikan 'calon' yang diberi oleh ustazah. Membuatkan aku tersenyum sendiri. Beria-ia benar ustazah,hingga membuatkan aku hanya mampu berkata, 'ustazah doakanlah yang terbaik buat saya'.Dan dia pun mengalih topik. Ustazah bukanlah orang pertama yang memberi cadangan nama ni, ada jugak beberapa orang guru lain yang ku anggap sebagai ibu pernah melakukan yang sama. Walaupun ada antara mereka yang bukan guru subjek kelas ku pun. Tapi keramahan mereka membuat diri mereka dan anak didik selesa bersama. Teringin rasanya untuk memeluk mereka lagi, bergelak ketawa, mendengar nasihat mereka, gurau senda mereka,walaupun mendengar leteren mereka pun aku sanggup. Antara detik yang tidak pernah dilupa juga ialah kelas TK cikgu azam. Disebabkan pelajar kelas kami yang tidaklah seramai mana, kami selalu meminta cikgu mengadakan kelas kami di biliknya di Bangunan Kejuruteraan. Paling best sekali, buat latihan sambil menonton Pingu! Ditambah pula bilik cikgu yang ber'air-cond', memang tak terasa masa dah habis. Memang kebudak-budakan. Hujung minggu pula,selepas selesai kerja-kerja gotong royong membersihkan blok aisyah dan khadijah, beramai-ramai memenatkan dan melenguhkan kaki di bandar KK, dan pastinya menuju ke CP. Paling kurang dapat makan nasi ayam RM2.50 dan merasa air Yoyo. Ni memang favret budak-budak sekolah. Tapi denda jalan itik round 1 sekolah labih diingat banding nasi ayam CP. Ni antara denda sebab tak turun solat berjemaah di surau. Ada yang lebih dahsyat, dendanya ialah pakai telekung untuk ke prep malam. Nasib baik tak pernah kena, kalau tidak memang tu kenangan yang melucukan. Belum kira lagi spot check asrama puteri, macam-macam cerita lucu akan keluar...Bila ditulis begini, banyak rasanya kenangan yang perlu diimbas lagi. Tempoh 5 tahun cukup untuk aku belajar berdikari dan berusaha sendiri untuk mencapai sebuah kejayaan. Buat guru-guru yang sentiasa di hati- Cikgu Halija, cikgu ida, cikgu zati, cikgu norlina, cikgu anita, cikgu azman, cikgu husna, cikgu jasman, cikgu addy, cikgu zainab, cikgu syahrul, cikgu azam, sir khairul, teacher ruslili, cikgu kertina, cikgu aslina, cikgu asnah, cikgu fazliah, cikgu zaliah, cikgu haliza, cikgu normah, ustz andi, ustz rosnima, ustz khadijatul, ustz marzdhiah, ustz rosmiyati, ustza jamilah, ust agus salim, ust afif, ust zahari,ust amir,ust nik, ust hafizi, ust fazli, ust helmi,cikgu zaki, cikgu matusin, dan cikgu lain, jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. ku mohon moga ilmu yang kalian curahkan padaku adalah ilmu yang berkat di sisi Allah. Untuk sahabat seperjuangan, teruskanlah menjejaki ilmu Allah. Apa yang penting bukanlah setinggi mana kejayaan itu dicapai tetapi makna disebalik kejayaan tersebut. Kenangan yang pernah terlukis, insya Allah akan ku tetapkan dalam hati dan memori ingatan. Moga kita semua berjaya di dunia dan tenang bertemu Allah di akhirat...

Sekolah ku..



Dewan Ibn Taimiyah



Ni la Blok Kejuruteraan



Ni bangunan Bilik Guru



Guru-guru yang sentiasa di hati



Adik-adik generasi baru Kelab Pidato



Dan ni lagu sekolah yang langsung tidak ku kenali....




Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatanku
"You're my lovely school, I love you, I miss you"


SMKA KK, segalanya bermula di sini...

Comments (2)

almost cry...but u didn't mention my name pon..sedeynya.. (kiddin')
miss u sahabatku...
miss our lovingly SMAKK so muchhh...=)
semoga berjaya menggapai redha dan cinta Illahi
[saya 2000-2002]

nad....rindu gak ngn smakk...heheheheheh
bila la agaknya leh dtg sana lgi..

Post a Comment