PENYAKIT SOSIAL YANG SEMAKIN MEMBARAH

Category:



Mungkin ada antara kita bukanlah ahli keluarga mahupun kenalan kepada mana-mana mangsa dalam kes-kes jenayah seperti pembunuhan dan penculikan yang kini kerap berlaku di Sabah. Meskipun begitu, ia bukanlah kayu ukur untuk menilai sejauhmana kepentingan dan peranan kita untuk menyedarkan masyarakat tentang isu yang pernah dan besar kemungkinan akan berlaku lagi. Baru-baru ini pihak polis Daerah Penampang mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar berbahasa Inggeris Daily Expess bahawa telah berlaku peningkatan dalam kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pelajar di Sabah.

“ District Police Chief, DSP Madang Usat, said police recorded an increase of more than 42 per cent or six cases between January and March this year compared to the same period last year. Among the crimes the students were involved in were gang robbery without the use of weapons (seven cases), rioting with the use of weapons (3), causing hurt (2), theft (2), housebreaking (3), rape (1), motorcycle theft (1) and gambling (1), he pointed out. In the same period last year, only 14 cases of students' involvement in crime were detected with 11 cases of theft, trespassing (2) and outrage of modesty (1), he added.” Daily Express, Thursday, Apr 16, 2009


Kenyataan ini pastinya mengudang kekecewaan banyak pihak disamping mengundang kerisauan di kalangan ibu bapa dan para pendidik. Justeru pelbagai persoalan ditimbulkan baik persoalan yang menyalahkan institusi kekeluargaan mahupun memandang serong institusi pendidikan itu sendiri. Persoalan-persoalan ini pastinya tidak akan terjawab kerana ia bukanlah satu resolusi yang baik dan efektif bahkan hanyalah suatu jaringan pertuduhan yang tidak matang dan rasional. Namun apa yang paling penting sebenarnya ialah rakyat Sabah perlu memperkasa semula institusi keagamaan di negeri bawah bayu ini. Peranan instusi keagamaan bukanlah bertumpu di rumah-rumah ibadat sahaja, tetapi usaha yang dijalankan perlu mencapah dan sampai kepada setiap lapisan masyarakat atas dasar mereka adalah badan yang kompeten dalam mengendali permasalahan akhlak dan jati diri masyarakat. Golongan ibu bapa juga perlu sedar bahawa mereka sebenarnya adalah salah satu penggerak kepada institusi keagamaan kerana mereka berperanan besar dalam memastikan anak-anak dididik dengan nilai-nilai keagamaan yang tentunya menjadi benteng dalam kehidupan. Para pendidik di institusi pendidikan pula yang pastinya berperanan untuk memberikan ilmu tidak wajar hanya membataskan tanggungjawab mereka sebagai profesyen semata. Bahkan tanggungjawab ini perlu digalas sebagai amanah Tuhan bagi memastikan matlamat kerjaya mereka adalah ‘mendidik’ dan bukan hanya ‘mengajar’. Saya yakin jika usaha yang menyeluruh dari semua pihak ini dipandang sebagai satu keutamaan yang wajib dilaksanakan, kita akan dapat melihat penyakit sosial yang kian membarah di kalangan remaja Sabah hari ini akan dapat diminimakan. Pilihan tentunya berada di tangan kita: melihat Sabah sebagai pusat rakyat berkualiti ataupun sebagai syurga para penjenayah. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Siti Nadzirah Bt Majeed
Setiausaha Agung Markaz Siswa Siswi Sabah Sarawak
Sesi 09/10

Comments (0)

Post a Comment