Cintaku Padamu Ibu

Category:

" Selautan kasih sayang kau curahkan untukku takkan bisa ku balas dengan seluruh isi hidupku. Cintaku padamu tidak ada batasnya duhai ibuku. Moga kasih Allah memenuhi segenap hatimu. Redhakanlah diriku menjadi anakmu..."

Rinduku pada ibu di rumah mendesakku untuk menghantar satu pesanan ringkas buatnya. Bukan menjadi perkara 'luar biasa' tapi mesej luahan seperti ini hanya akan ku hantar bila adanya hari istimewa seperti menjelang raya atau hari lahirnya 10 Julai. Namun hari ni ku titipkan mesej ringkas itu, mengharapkan agar dirinya tenang dan damai tatkala mengetahui anaknya ini begitu merinduinya. Sahabat-sahabatku, adakah kalian telah menitipkan luahan rasa pada ibu kalian? Tidakkah kalian mahu ibu kalian juga tenang dan sejuk hati bila mendapat titipan tersebut? Ambillah sedikit masa, luahkanlah padanya. Moga kesejukan hatinya itu turut menjadi mahar kita bertemu penciptanya di Mahsyar kelak. Insya Allah...

Untukmu ibu...

TAK PERNAH DIRIKU MELAFAZKAN
NYANYIAN LAGU KASIH SAYANG
SEKEPING HATIKU BERKATA
DIRIMU LAH SEGALANYA
KASIH KITA TAKKAN MUSNAH
SEDARI AIR MATA MENGALIR
MEMORI KASIHMU PADAKU
SEPUTIH SEJERNIH SALJU
WALAUPUN DIMAMAH WAKTU
ENGKAU RATU
MASIH HANGAT BELAI DAKAPANMU
INGIN KU NYATAKAN APA YANG TERSIRAT DI HATIKU
INGIN KU LAFAZKAN KAU ABADI DALAM DIRI
SETIAP DETIK PASTI KU INGATI
INGIN KU NYATAKAN KAU RATU BERTAKHTA DI HATIKU
INGIN KU LAFAZKAN
TIADA YANG DAPAT MENGGANTIMU
DENGARLAH SUARA HATI
TANDA KASIH PADAMU OH IBU..





" Mama ucapkan terima kasih atas ingatan anaknda. Hanya mama harapkan doa dan kejayaan anak-anak mama. Mama doakan anak-anak semoga menjadi anak yang soleh. Salam sayang dari mama..." Justeru, aku tersenyum sendiri dan meneruskan pembacaanku. Perjuangan menghadapi peperiksaan mesti diteruskan...

Comments (0)

Post a Comment