BILA AGAMA DINILAI SEBELAH MATA

Category:

"SHORT HAIR WHO CARE ? STUPID FATWA EVERYWHERE!"
"SHORT HAIR WHO CARE ? STUPID FATWA EVERYWHERE!"

Dengan berbekalkan beberapa kain rentang yang disemakkan dengan ayat-ayat yang menzahirkan ketidakpuasan hati, ditambah pula dengan senyuman dan gelak tawa yang menjengkelkan, beberapa orang ASLI WANITA (BUKAN CELUP), telah berkumpul dan berarak sambil melaungkan ayat-ayat di atas. Diulang beberapa kali "Short hair who care, stupid fatwa everywhere". Begitu girang dan gembira sekali mereka melaungkannya. Jalan yang dipenuhi dengan kereta yang lalu lalang dicemari dengan laungan yang bac*l ini. Orang ramai ada yang berhenti untuk melihat dengan dekat agar lebih jelas dan faham dengan keadaan yang berlaku.

Ini bukanlah isu yang terbaru yang berlaku dalam minggu ini, akan tetapi kerana tidak ada hukuman atau apa jua bentuk amaran kepada mereka yang terlibat dengan demonstrasi tersebut. Ini bukan soal berlakunya demonstrasi, tetapi kenyataan yang dikeluarkan sebelum, semasa dan selepas protes yang bod*h itu dijalankan.

Kita semua sedia maklum, bahawa apabila fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, ia hanya bersabit dan berkait kepada masyarakat muslim sahaja. Tujuan fatwa dikeluarkan tidak lain adalah untuk memberi satu 'guideline' atau panduan kepada umat Islam kerana Islam sendiri bukan sekadar agama tapi cara hidup. Justeru, para ulama yang layak mengeluarkan fatwa berdasarkan Al-Quran dan Hadith, semestinya akan mengeluarkan sesuatu fatwa berhubung sesuatu isu jika pada masa tersebut isu itu menimbulkan kemudharatan kepada umat dan masyarakat lainnya. Adakah sesuatu fitwa dikeluarkan saja-saja semata-mata untuk mencari populariti??? TIDAK SAMA SEKALI ! Kita sebagai umat Islam juga perlu faham dan berusaha untuk faham mengapa Islam diturunkan dan mengapa peraturan-peraturan ditetapkan. Ia adalah untuk memelihara kesucian hidup seorang manusia, bukan hanya seorang Muslim.

Kejadian lelaki dan wanita juga ada sebab dan musababnya. Tapi berhakkah kita memilih untuk menjadi lelaki atau wanita? TIDAK! Kerana taraf kita yang DICIPTA dan bukannya PENCIPTA. Justeru jika seseorang itu adalah lelaki, maka fitrah kejadiannya adalah sebagai lelaki. Dan jika seseorang wanita itu adalah wanita, maka fitrah kejadiannya adalah wanita. Yang ini adalah perkara utama yang perlu difahami. Perasaan yang cenderung kepada jantina bukan fitrahnya kita diciptakan sememangnya normal kerana telah dibuktikan secara saintifik. Akan tetapi, perlulah diingat, segala perkara perlu kembali kepada fitrah dan kita perlu berusaha untuk menundukkan hawa nafsu kita yang terlalu ikutkan perasaan. Kerana apa? Kerana Allah telah berjanji di dalam Al-Quran, adanya ancaman terhadap mereka yang mengubah fitrah kejadiannya kerana menurut hawa nafsunya.

" Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam melakukannya sebelum kamu? Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)." ( Surah Al-a'raf, 80)

Ditambah pula dengan hadith Rasulullah SAW :

"Allah melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki."(HR Bukhari)

Lantaran itu, dari kedua-dua ayat di atas, jelaslah bahawa Islam melarang keras golongan yang menyerupai jantina yang bertentangan dengannya seperti menjadi tomboy. Maknanya, fatwa yang dikeluarkan oleh MPK bukan sekadar kata-kata kosong yang boleh dipertikai atau dihina sewenang-wenangnya. Jika kita sudah naik meluat untuk merujuk kepada ayat-ayat di atas tadi, fikirlah dengan otak yang Tuhan berikan. Adakah kita wajar untuk memprotes jika adanya seorang manusia  yang melarang keras seseorang yang ingin menjadikan kucing sebagai kambing?? Iaitu bercita-cita untuk mengubah fitrah seekor kucing menjadi seekor kambing. Zalimkah orang yang melarang tersebut??? Jika akal masih waras berfikir, yang zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah yang ingin mengubah fitrah kucing tersebut. Kerana apa????? Kerana sekalipun fizikalnya ialah seekor kambing, cara makannya tetap seekor kucing, cara membiak tetap seekor kucing, cara qada' hajat tetap seekor kucing dan cara berbunyi tetap seekor kucing. Bukankah kucing akan terseksa?? Kerana fizikalnya yang diciptakan sesuai dengan fitrahnya telah ditukar dan  dirampas! Fizikal yang baru takkan dapat membantunya untuk hidup dengan fitrahnya dengan aman dan tenang. Jika ini keadaan seekor binatang, apatah lagi seorang MANUSIA??? Fitrahnya yang asal tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika fizikalnya yang asal telah berubah, lantas memporakperandakan hidupnya sendiri. Di sinilah kewajarannya Islam mendatangkan amaran dan larangan lelaki dan wanita menyerupai antara satu sama lain. Dan kewajaran ini bagi mereka yang mampu berfikir.

Baru selesai hal pertama. Masalah keduanya pulak ialah persoalan bagaimana seseorang itu boleh campur tangan dan berani pulak mengeluarkan hujah bod*h tentang sesuatu perkara yang tidak pernah dipelajarinya dan diketahuinya apatah lagi tidak berkaitan langsung dengan hidup matinya. Ingin sekali saya tegaskan, fatwa adalah isu AGAMA dan bukannya BUDAYA. AGAMA pula ialah KEPERCAYAAN dan disebut sebagai IMAN di kalangan muslimin. Justeru, mereka yang bukan ahli anggotanya, TIDAK BOLEH SAMA SEKALI campur tangan atau bersuara. MEREKA TIDAK ADA HAK DALAM PERKARA INI. Islam mengajarkan kepada umatnya agar menghormati agama lain di muka bumi, begitu juga memelihara rumah-rumah ibadah. "...Untuk kamu agama kamu, untuk ku agamaku.."(al-kafiruun,6). Umat Islam sendiri diajarkan untuk tidak memperlekehkan sebarang aktiviti keagamaan agama lain bagi memelihara perpaduan. Saya juga amat yakin dan percaya bahawa agama lain ada mengajarkan penganutnya untuk saling memelihara perpaduan. Lantaran itu, amalkanlah wahai manusia !! Hormatilah prinsip agama lain, sebagaimana kami menghormati prinsip agama selain Islam. Dengan menghormati, nescaya kita akan hidup aman. Saya begitu marah dan kecewa kerana rakyat Malaysia yang dimomokkan dengan status masyarakat bersatu padu, rupanya hanya penipuan semata-mata. Kerana masih ada lg rakyat yang tidak menghormati agama anutan penduduk yang lain..Lebih mengecewakan, ditunjuk pula ketidakrasionalan, ketidakwajaran, ketidakpandaian dan kebodohan apabila memprotes sesuatu perkara yang tidak pernah dipelajari dan tidak menganggu pun hak-hak kerakyatannya apatah lagi hak-hak peribadinya. Tahukah 'dia' bahawa umat Islam yang menurut perintah Al-quran akan memperoleh ganjaran besar daripada Allah...? Mungkin 'dia' sendiri pun baru mendengarnya...Ini belum lagi dikira umat Islam yang turut sama menganggukkan kepala tanda setuju dengan protes mereka. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Ini petanda akhir zaman, dan tiupan sangkakala mungkin akan semakin menghampiri kita. Bersedialah!!!


Oleh itu sahabat seaqidahku sekalian, ketuklah pintu hati. Goncangkan dan bangunkan semula kesedaran yang tertidur akibat kelalaian kita.Islam takkan hancur kerana tangan-tangan kita, tapi kita yang akan hancur tanpa adanya Islam. Berpijaklah di bumi nyata dan yakinilah bahawa kehidupan kita bukan berakhir di dunia, tapi akan dipanjangkan ke akhirat. Dan kita telah diberi pilihan, sama ada ingin hidup berbahagia di sana atau merana selamanya... Wallahua'lam.

Comments (0)

Post a Comment