GEMPAR LAKIUM !!!!!!

Category:

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
Orang-orang kampung, PELAJAR UNIVERSITI MALAYA (",)  ni ada MAKLUMAT PENTING.....


Pernah tak kalian mendengar perkataan LAKIUM??? Dari sahabat sekuliah anda? Atau mungkin dari rakan sebilik anda? Atau rakan2 se'floor' anda? Atau rakan serumah anda??? Tidakkah anda berasa hairan?? Apa sebenarnya LAKIUM???

Untuk membersihkan kecelaruan semua, teruskan membaca post kali ini. LETS CHECK IT OUT!!!!!


APA ITU LAKIUM???
--> Satu medium yang disediakan PMIUM dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia kepada mahasiswa Islam Universiti Malaya dalam usaha memberi kefahaman Islam kepada semua. LAKIUM merupakan peluang terbaik mahasiswa dalam memahami konsep Islam yang syumul di samping meningkatkan ketahanan fizikal, mental, spiritual dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik. Penerapan nilai-nilai kepimpinan sepanjang program memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan mereka.

BILA & DI MANA ??
- 18.November.2008 hingga 20.November.2008 bertempat di Sukida Resort, Semenyih. 


AKTIVITI LAKIUM???
- Kuliah : Pengisian yang bersifat motivasi dan ilmiah dalam membangunkan pemikiran kritikal di kalangan peserta.


- Team Building : Membina semangat kerjasama dan menyuburkan ukhuwwah di kalangan peserta dan menerapkan kemahiran insaniah dalam pembinaan individu yang berkualiti dan berkebolehan.

- Pengisian rohani : Menerapkan pembangunan insan dan spiritual di kalangan peserta untuk menjadi mahasiswa muslim yang berkualiti.

- Outdoor Game : Memberi ketahanan fizikal kepada peserta melalui aktiviti sukan yang menarik seperti flying fox, jungle trekking dan berkayak.

BERBAYAR TAK??????????????

Air kosong gelas kecik pun dah 30sen sekarang ni, jadi kalau nak sertai LAKIUM yang penuh dengan aktiviti dan pengisian, ditambah pulak dengan tempat program yang indah di pandang mata berserta makan minum yang menyelerakan, sudah pasti perlu menginfakkan sedikit rezeki pemberian Allah iaitu sebanyak RM15 SAHAJA. Berbaloi kan untuk sebuah lagi pengalaman???



MACAMANA NAK SERTAI??????
Mudah sahaja. Hanya hantar SMS ke nombor :


019-3747589 atau 0125841704


Atau boleh hantarkan e-mail ke :


LakiumPMIUM@gmail.com




APA TUNGGU LAGI RAKAN-RAKAN ?? 
JOM SERTAI LAKIUM !!!
MEMBINA KREDIBILITI KEPIMPINAN ANDA !!

Comments (2)

salam,..dear sis, hopefully LAKIUM dpt cpai objectivenye..elakkan dr dakyah politik kampus yg semkin menular...

insyaAllah..mahasiswa kini perlu lebih bijak kan? cuma jangan tersalah nilai DAKWAH sebagai DAKYAH. Bahaya!

Post a Comment